SukaHatiAkuLa....: Sharing Is Caring.. MTB adalah memori...

Isnin, 22 Jun 2009

Sharing Is Caring.. MTB adalah memori...


Sorang2 bosan..


seronok tngok diorng...

Selamat Berjuang Kawan-kawan

Cerita 06/07
Aku ingat lagi masa kali pertama aku bergelar mahasiswa.. aku masuk kesini dengan penuh minat yang membakar.. Tak Sabar untuk merasai pengalaman bergelar mahasiswa..
Yela.. aku sorng je dalam keluarga yang sampai ke menara gading..
Alhamdullillah… Syukur sangat..
Aku menjadi warga baru Kolej Sepuluh,UPM
Aku tak pernah mengharapkan apa-apa yang terbaik pada diri aku..
Cuma aku cukup bahagia kalau ada kawan-kawan yang baik..
Aku mulakan dengan kawan yang pertama aku jumpa.. Nama Die Anip.. sebab masa aku angkat barang2 kedalam blk, die pun ngan kemas bilik.. masa tu, die duduk depan bilik aku..
Bila habis kemas barang, family aku pun beredar dari Kolej Sepuluh untuk pulang semula kekampung,
Ketika itu waktu petang, aku menghabiskan masa petang aku dengan melayani waktu tidor dan aku tersedar rumet aku bernama Syahid sedang mengemas barang.. aku yang ketika itu mamai , pun terus sambung tidur semula.. Lepas je bangun, baru aku berkenalan dengan Syahid.
Minggu orentasi berlangsung dengan cerianya, disitulah aku mengenali semua orang, Ihsan, Hazwan, Lan, Simi, Dan semua la….
Sehingga la aku menawarkan diri untuk menyertai MALAM TUNAS BUDAYA. Pada hari itu, aku mula mengenali 40 orng kawan kolej10 & kolej11. AdyPutra,CdEmer,Fendy,Kucai,Kosong,Sawak,dan ramai la….
Habis je MTB.. tiba-tiba nama aku menjadi Lirik Lagu panggilan kawan-kawan kerana aku menyanyikan lagu tema MTB06. SIMFONI ANAK TANI.. sehingga ada yang memanggil aku Radzi Simfoni.. sungguh menarik…

Cerita 07/08
Masa tu usai sudah kursus Pembantu Universiti di beberapa tempat dimelaka
Ketika itu, pertama kali aku menjadi pembantu Universiti
Tanpa senior yang hadir sama.. aku kan kwn2 yang baru setahun jangung pun dengan rela cuba membantu adik2 yang baharu…
Banyk dugaan yg aku lalui.. bermula dengan pemilihan ketua Pembantu Universiti yg sesuai supaya senang untuk bekerja..
Ketika itu, semangat aku berkobar2 .. termasuklah untuk menghntar wakil Malam Tunas Budaya..
Hampir 2 minggu aku memikirkan Idea yg terbaik untuk membantu adik2 junior ketika itu membuat persembahan yang terbaik…
Cukup ideanya.. aku pun mula mencorak gerakan mereka..
Mencari yang suka rela untuk menyertai pertandingan ini juga suatu cabaran bagi aku..
Semua agak malu ketika itu.. setiap hari aku membuka peluang
Sehingga ketemu ckup 20 orng..
Seronok aku rasakan….
Aku cuba la mencurahkan ilmu seadanya.
Dengan bantuan senior2 seperti Fadhil… Baby… Fazly.. Kak Ros dan lain2. Akhirnya… berkat kesungguhan adik2 junior itu..
Tercatat suatu sejarah indah dalam hidup mereka di Kolej Sepuluh..
Naib Johan MTB 07
Anugerah Teknikal Terbaek..
Terima kasih adik2 junior sebab merealisasikan impian mereka sendiri..
Juga kepada rakan2 PU yang rajin membantu ketika itu.
Dan perlajanan tahun 2007/2008 berjalan seperti biasa
Dan aku cuba membuka peluang kepada adik2 junior untuk merasai peluang bagi setiap Program…

Cerita 08/09

Ketika itu.. tidak lah bergitu tertekan.. kerana semua MTM menjadi Pembantu Universiti
Aku Cuma menumpukan perhatian untuk Malam Tunas Budaya 08/09
Aku cari pelapis baru..
Aku cuba yakinkan mereka untuk bt yang terbaek walaupun ketika itu agak sukar kerana dipasangkan dengan kolej KMR. Jauh juga tu..
Belum pun mula sesi latihan.. mcm2 tohmahan dileparkan ..
Aku hanya relax.. sebb aku ykin dengan diri aku sendiri
Aku pun membentuk la perjalanan cerita dan music iringan
Serta puisi aku karangkan.
Dengan harapan malm pertandingan,,
Adik2 aku akan merasa hasil titik peluh mereka..
Syukur akhirnya mereka berjaya meraih tempat Ke-2
Sekurang2nya mereka telah mencipta kenangan manis…
Cerita 09/10..
Aku menjalani latihan industry..
Aku duduk di kolej selama 2 bulan..
Sunyi aku rasakan..
Sehingga aku ternanti2 adik2 (kawan2) MTM yang baharu pulang…
Aku begitu teruja ketika Nini menyatakan akan pulang ke kolej
Aku rindu akan gelagat mereka…
Namun..
Setelah itu.. aku rasa seolah2 lain…
Entah la.. x tau kenapa..
Seolah2 aku tiada dala cerita mereka..
Aku pun xfaham..
Aku mengharapkan ade SMS yang masuk ke telifon aku mengajak aku untuk membantu mereka..
Atau berborak bersama..
Hari pertama ada la..
Hari kedua… Semakin tiada..
Hari Ketiga.. langsung tiada..
Agak terkilan sedikit la.. sebab aku rasa macam aku menyibuk2 hal mereka..
Aku minta maaf la.. apa2 pun..
Aku masih lagi terkenang bagaimana aku mengajar mereka mencari pengalaman semenjak mereka hari pertama masuk Ke Kolej Sepuluh..
Khas untuk kawan-kawan aku.. (mtb 07.. mtb08….)




malam tunas budaya 07

1 Ulasan:

Blogger Unknown berkata...

huhu..jgn lah sedih radzi..hahah..paham perasan kamu..kerana sy juga lahir dr mtb sehinggalah menjadi org yg mengajar dak2 MTB...hahah..tahun ni perasaan aku sama gak ngan kamu..cam lak yg terhegeh2 nk g tlg diorg..padahal diaorg cam takde feel pun..huhuhu

22 Jun 2009 pada 4:56 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama