Kolej Sepuluh, UPM – Selamat Datang Pelajar Baharu sesi 2009/2010
Untuk pagi hari ini, aku ingin berkongsi tentang perasaan aku berkaitan kemasukan pelajar baharu sesi 2009/2010.
Aku ingin nyatakan disini bahawa aku seakan tidak sabar melihat muka-muka baru yang bakal menceriakan Kolej Sepuluh.
Titik permulaan hidup mereka bakal bermula pada mula mereka mendaftar di Kolej Sepuluh.
Aku yang telah merangkak ke tahun akhir pasa semester 2009/2010 sungguh tak menyangka bahawa aku sudah 4 tahun disini..
Itulah namanya pergerakan masa…
Sungguh menarik… sebab???
Aku suka suasana di kolej sepuluh..
Macam-macam yang aku rasa.. terimbau kembali semasa aku menjadi pelajar baharu…
Yela.. pertamanya dalam keluarga aku, aku yg menyambung pelajaran hingga ke menara gading…
Apa-apa pun, aku ingin kongsikan betapa bertuahnya aku menjadi Warga Kolej Sepuluh.
Sebab???
Baik aku senarakan kat bawah ni. Lagi senang Faham:
1. Kolej Ini Disegani sebab cemerlang dari segi Kesukanan
2. Kolej Ini Disegani Sebab Cemerlang Dari Aspek Kebudayaan(bayangkan.. Kolej Yang semuanya lelaki boleh rangkul Johan Keseluruhan Kebudayaan Inter Kolej UPM-2 kali berturut)
3. Pencapaian kebudayaan yang Konsisten.. (FESNIK,FESTIK,FFVP,SIDRAT,MTB dan beberapa lagi)
4. Kesetiaan semangat warga Kolej Sepuluh yg sentiasa membara2..
5. Kolej Ini Pernah Kecundang..
6. Koleh Ini bangkit semula
7. Kolej ini pernah dicemburui
8. Kolej Hanya tenang dan Buat yg terbaek.
9. Kolej ini memerlukan Warga yang bersemangat
10. Kolej ini hanya menjadi begitu kerana warganya yang hebat
11. Kolej ini bukan melahirkan ilmuan semata-mata
12. Tetapi Kolej ini mengharapkan lahirnya generasi bahara yang hebat sahsiah dan semangatnya
13. Bukan hebat dengan kata-katanya.. tetapi hebat dengan gaya kerjanya
14. Perlu bersyukur anda berada dikolej ini
15. Kerana adalah bakal pembentuk kolej sepuluh pada landasan yang penuh dengan semangat dan kesungguhan
Aku rasa cukup kot apa sebab-sebabnya anda perlu merasa bertuah berada di Kolej Sepuluh UPM.. apa-apa pun…
Aku sebagai senior mengarapkan adik2 yang bakal mendaftar pada Ahad ini.. sedia untuk menjadi warga Kolej Sepuluh..
Dan yang paling utama.. anda perlu berbangga menjadi warga Negara Malaysia yang belajar di bumi Malaysia…
Bawah ni aku ingin Kongsikan Irama Semangat Kolej Sepulu.. Iaitu lagu Rasmi Kolej Sepuluh. Tajuknya PERSIS PERWIRA
Lagu : W.M. Salehuddin W. Hassan
Lirik: Aku…@Ajie
Lagu ini begitu sentimental untuk aku kerana kata-kata yang aku untaikan adalah isi hati Warga Kolej Sepuluh yang Bersemangat Waja. Dengarlah…
Ciptaan: Wan M. Salehuddin Wan Hassan
Lirik: Ajie
Unggulnya kita bukan biasa
Unggulnya kita berjiwa perkasa
Gah persis perwira
Semangat Kita hadirnya dari
Kilauan Hasrat semerah mentari
Kilauan yang Sakti
preCO
Agama dan ilmu
Budaya seiringan maju
Lahirlah ‘Putra’
Sejati jiwa raga
C/O
Berjuang
Kudrat dikerah
Tak mengenal kalah
kitalah juara
Gemilang
antara terbilang
seagung bintang
kita buktikan !!
Unggullah
ulang PreCO
Kolej Sepuluh….