SukaHatiAkuLa....: Terawih Di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi

Sabtu, 5 September 2009

Terawih Di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi


lanskap indah di dalam masjid



struktur besi


kolam yang mengelilingi dewan solat utama


tempat wuduk



Semalam (4 / 9 / 09) aku, acap, mandat , Nizam, Ahmad , Yus dan beria2 untuk mencuba berbuka puasa luar dari bilik.. yela.. hampir setiap hati ktorng berbuka di bilik. apa lagi, alang-alang nak buka puasa kat luar, terus kitaorng pergi ke Masjid Besi yang dah pun menjadi satu lagi mercu baru di putrajaya. Pkul 6.30 ptg kami bertolak dan sampai kira-kira jam 7 malam. agak kekok mula-mulanya sebab pertama kali pergi, tapi ktorng pun terus masuk dan eksplore. memang terpaku juga sekejap dan terpegun melihat kecantikan masjid ini. menurut apa yang aku tahu, masjdi ni mula dibina pada tahun 2004, tetapi tergendala sekejap kerana ada masalah Kos pembinaan. Apa yang menarik dalam citer ni?:
1. kitaorng berbuka dengan kurma 3 biji n kuih seketul
2. lepas tu sembahyang magrib
3. sambung makan nasi lauk ikan,ayam, sayur dan air
4. lepas makan ktorng pun duk meronda2 sekitar masjid
5. bergambar setiap penjuru masjid
6. masjid besi ni 70% terdiri daripada besi dan 30 konkrit
7. dewan solat die berkonsepkan terbuka
8. masuk masjid ni rasa macam kat Pavillion pak
9. masjid ni xde air cond
10. angin dari lubang dekat tiang masjid
11. tempat wuduknye sangat unik macam tempat melontar jumrah
12. tandasnyer pun cantik,
13. yang penting masjid ni selesa untuk beribadah dan kegiatan agama
14. ktrong semayang isyak dan terawih
15. lepas tu makan moreh bubur lambuk dan karipap
16. ktrong pun berangkat balik semula ke UPM

itu la point2 penting dalam citer ni .macam biasa, aku lampirkan ckit gambar2 untuk tatapan.

1 Ulasan:

Blogger Naz berkata...

cantik masjid ni... :)

7 September 2009 pada 11:52 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama